Assalamualaikum...
hari ini tak bape sihat laaa.. selsema jerk.. huhuhu.. jangkit dengan hubby kot nih.. hehehhe...
bila keje da setel.. surf2 internet.. baca blog2 yang ada 1001 kisah kehidupan manusia.. macam2.. hehehe.. tertarik pula dengan 1 n3 yang memang berkait rapat dengan kehidupan manusia sekarang... so aku nak berkongsi dengan korang... iaitu kisah yang terlalu taksub dengan cinta...
aku copy paste je dari blog tersebut...
CINTA.. Hari-hari dengar dan lihat perkara berkaitan dengan
cinta. Buka radio, lagu cinta berkumandang. Buka tv, drama cinta
dihidangkan. Tengok filem, adegan cinta diselitkan. Log in facebook,
terbaca status cinta. Buka blog, baca entry pasal cinta. Sana sini
cinta. Semua nak berjiwang karat.
Jiwa kita telah dijajah dengan semangat cinta yang tinggi. Lagu yang berada di top chart, lagu cinta. Drama yang dapat rating tinggi, drama cinta. Status facebook yang paling banyak dapat like, status cinta. Blog yang paling dapat sambutan, blog cinta. Kartun atau lukisan yang paling ramai share pun, pasal cinta jugak. Dunia ini penuh dengan manusia yang taksub dengan cinta. Sweet la konon.

Rasa cinta tak salah kerana cinta itu fitrah. Yang salah jika terlalu
obses dengan cinta. Perasaan cinta yang mendalam menyebabkan seseorang
itu menjadi taksub. Yang membuatkan seseorang itu hanyut dalam fikiran
dan perasaan. Taksub dengan seseorang kerana cinta akan menyebabkan
hatinya mati. Membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan
akal fikiran.
Cinta buat kau jadi gila. Tergila-gilakannya. Gila bayang, gila talak, gila seks, gila babi. Bila dah jadi gila sebab cinta, ramai gadis hilang dara, janin digugurkan, bayi lahir tanpa bapa. Banyak kes bunuh diri kerana putus cinta. Mangsa pukul sebab cinta. Jeling awek kau pun sampai kena belasah. Semua itu kerana terlalu taksub dengan cinta hingga sanggup menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Lautan api sanggup direnangi konon. Berenanglah kau nanti di lautan neraka.
Nasi lemak buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Tinggal emak tinggal saudara. Kerana kasih hamba turutkan? Pantun pun dah jadi gila. Kerana cinta, ibu bapa jatuh nombor dua. Sanak saudara dan keluarga terabai. Kau sanggup kahwin lari. Kau sanggup kahwin tanpa restu ibu bapa. Rela menconteng arang di muka insan yang menjaga kau sejak kecil bagai menatang minyak yang penuh. Natang sungguh!
Kerana cinta, wujudnya pengorbanan tak masuk akal. Menabur janji kosong nak sehidup semati. Jika dengan mu kabur, ku tak mahu yang jelas? Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas? Memang ada beza pengorbanan dan kebodohan. Kau sanggup buat benda bodoh sebab nak mengejar cinta teragung? Teragung la sangat. Adalah lebih bagus kau berkorban demi cinta kau terhadap agama demi mengejar cinta hakiki terhadap Yang Maha Agung. Tak payah nak Romeo & Juliet sangat.

Cinta bukanlah sesuatu yang keji. Kerana kekotoran dan kesuciannya
bergantung kepada kita. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan
hawa nafsu semata–mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram. Jika
kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci
dan halal. Rasa cinta itu indah. Tetapi lebih indah dengan ikatan
pernikahan.
Cinta sesama manusia tidak akan kekal. Cinta sejati hanya untuk Allah.
Terlalu obses kepada cinta manusia akan membuatkan kita lupa padaNya.
Lupa pada perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan. Malahan bukan
setakat lupa pada Allah. Dengan rakan-rakan pun kita lupa.
aku nak tambah sikit...
dengan cinta gak.. ramai anak2 gadis yang terlalu taksub ni buat boyfriend dia mcm laki dia...
setuju x?? Jangan terlalu taksub dengan cinta dan menjadi hamba cinta.. Cinta bukan
segalanya dalam kehidupan kita.. Jangan lupa kita ada tanggungjawab
yang lain selain dari cinta nafsu.. Berubahlah demi harga diri dan
maruah
sekian................
0 comments:
Post a Comment