Salam..Korank... hari ni nak citer pasal whatsapp lah..
tapi sebelum tu.. meh nak perkenalkan whatsapp.. sejak whatsapp diperkenalkan.. ramai yg teruja gile guna apps ni kan.. ada yang sebut wasap.. wasep.. whatsapp... watsek.. hahahha..
WhatsApp Inc wujud pada tahun 2009 oleh dua orang lelaki bernama Brian Acton dan Jan Koum. Keduanya adalah bekas pekerja senior di raksasa online Yahoo.
Keduanya telah bekerja di Yahoo selama sekitar 20 tahun. Jan Koum pada mulanya mempunyai idea menciptakan sebuah aplikasi yang boleh membroadcast status ketika seseorang tidak dapat dihubungi kerana alasan tertentu.
Koum pun mengajak Acton untuk bekerjasama dengannya. Kemudian mereka mencipta perusahaan start up teknologi bernama WhatsApp Inc yang berlokasi di Santa Clara, California.
Namun aplikasi broadcast status tersebut tidak menarik perhatian pengguna. Kemudian mereka menambah fungsi messaging pada tengah kedua 2009, pada waktu itu WhatsApp pun BOOM.
WhatsApp Inc hanya mempunyai pekerja seramai 20 orang. Di mana sebagian besar di antaranya adalah tecnition.
Data terbaru pada bulan Ogos 2012, WhatsApp mengirimkan 10 milion pesanan sehari dari penggunanya di seluruh dunia. Padahal bulan April 2012, 'baru' 2 milion pesan dikirimkan.

Kini WhatsApp boleh digunakan untuk semua sistem operasi mobile. Dari iOS, Android, BlackBerry OS, BlackBery 10, Nokia Symbian, Nokia Series 40 dan juga Windows Phone.
WhatsApp sebenarnya tidak percuma sepenuhnya. Aplikasi WhatsApp di iPhone boleh digunakan hanya selama setahun, kemudian diwajibkan membayar. Demikian juga di platform lainnya.
Pihak WhatsApp menyatakan pihaknya memang sengaja mengenakan bayaran kerana ianya merupakan produk yang boleh dijalankan tanpa iklan. Sejak awal, aplikasi ini sudah dirancang berbayar sehingga team WhatsApp boleh fokus utk mengembangkan produk.

Kini WhatsApp memperkenalkan cara bagi membolehkan pengguna lain tidak dapat melihat waktu terakhir anda aktif menggunakan aplikasi tersebut.
Bagaimanapun jika anda memilih untuk menyorok ‘last seen’ anda, maka anda juga tidak dapat melihat perkara serupa pada pengguna lain.
Boleh dikatakan, ini adalah perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna Android yang menggunakan aplikasi ini bagi menjaga privasi mereka.
Apa yang bagus, ‘Last Seen’ ini boleh diatur untuk disorok sama ada terhadap pengguna tertentu, semua orang atau hanya kepada pengguna yang tidak diset nombornya di telefon bimbit anda.
Selain menyorok status ‘Last Seen’, aplikasi yang dimuat turun kelak boleh juga digunakan untuk mengatur siapa yang boleh melihat gambar profil dan status anda.
ok.. pic kat atas tu cara2 nak menyorok .. mungkin dia fikir dia bijak .. tu pasal berjaya menyorok tu.. tapi orang skrg x bodoh sangat kot.. hmmm.. selalunya org yg menyorok ni.. orang yang PENGECUT... org yg banyak buat salah.. tu pasal dia menyorok.. sangat BACUL hokeh..
kat bwh ni aku copy fakta pasal Isu 'Last seen' .. dari blog aku gadis pena. so aku share dengan korang sbb aku rasa info ni berguna pada sesiapa yang rasa mementingkan relationship...
Last Seen ni boleh
mewujudkan kecurigaan dalam perhubungan.Secara jujurnya sebagai wanita,aku juga
mengalami situasi yang sama dengan sejak menggunakan Whatsapp.Tapi hari ini aku
bercakap secara umumlah ok...Sebagai wanita,aku amat memahami perasaan bila
kita amat menyayangi pasangan sehingga risau sekiranya pasangan kita berlaku
curang menggunakan teknologi semasa.Salah satu situasi yang menimbulkan
kecurigaan apabila kita melihat 'Last seen' or waktu terakhir pasangan kita
menggunakan Whatsapp adalah pada waktu lewat malam atau lebih spesifik semasa
kita tengah tidur.Pada ketika inilah wujudnya kecurigaan dan prasangka buruk
tambahan lagi sekiranya situasi ini berlanjutan dengan kerap.
Apa
yang patut kita buat?Aku memberi pendapat bukan sahaja kepada wanita tetapi
juga kepada lelaki yang mungkin mempunyai pasangan yang sebegini.Perkara
penting yang perlu dilakukan adalah BERSANGKA
BAIK.Kita lebih mengenali pasangan kita tambahan pula setelah
bertahun menjalinkan hubungan.Walaupun tidak mengenali secara
keseluruhannya,tetapi sudah pasti kita akan mengetahui sebarang perubahan sikap
yang berlaku kepada pasangan kita.Jika semuanya masih sama,tiada apa yang perlu
dicurigakan.Bersangka baik la terlebih dahulu.Lagipun dalam soal 'Last
seen',kita tak boleh expect kita adalah org terakhir yang 'chat' dengan
pasangan kita.Kita perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga dan
kawan-kawan yang memiliki aplikasi sama untuk berhubung.So,JANGAN OVERTHINK dan terburu-buru MEMBUAT TUDUHAN. Jika kita bersikap
begini tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,ianya akan mengeruhkan hubungan
dan tidak mustahil kita akan 'mewujudkan' situasi yang kita tidak harapkan itu
disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas secara berterusan.Oleh sebab
itu,kita perlu PERCAYA tetapi JANGAN TERLALU RELAKS pada masa yang sama.
Ada
sesetengah pasangan yang tidak suka terlalu dibiarkan.Jika terlalu
dibiarkan,mereka akan merasa seperti tidak dipedulikan.Maka dengan itu kita
perlu juga mengambil tahu serba sedikit mengenai rakan-rakan mereka dan apa
yang mereka lakukan tetapi JANGAN MENGONGKONG. Sekurang-kurangnya
kita tidak terus berprasangka buruk dan tertanya-tanya apa yang mereka lakukan
dan dengan siapa mereka berhubung menerusi Whatsapp.Dalam soal ini,ia berbalik
kepada sejauh mana kita mempercayai pasangan kita dan perbincangan itu amatlah
perlu.Tetapi si pasangan juga perlu memahami bahawa jika pasangan mereka
bertindak berfikiran negatif dan mula membuat tuduhan disebabkan oleh 'Last
seen',itu bererti mereka takut kehilangan pasangan mereka..wujud rasa cemburu
kerana sayang..orang cakap 'A real boyfriend/girlfriend is scared to lose
their partner.' Jadi adakalanya kita perlu berasa beruntung
memiliki pasangan yang benar-benar takut kehilangan kita dan menjadikan kita
sebagai sesuatu yang istimewa serta tidak boleh dimiliki or mendapat layanan
yang sama dengan orang lain.
Maka sebaiknya perbaiki hubungan..jaga
sebaiknya...don't too overthink about 'last seen'...actually,it's nothing.
0 comments:
Post a Comment