Friday, May 23, 2014

Looking Forward to My Future

Posted by itawazilas at 5:03 PM 0 comments
 
 
Salam Jumaat semua... Hari penuh berkat...
Sy ada 1 soalan...
SIAPA YANG TAKDE MASA DEPAN?
huh.. semua orang ada masa depan...
masa depan yang bahagia.. tenang... dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT.
Dalam hidup ni.. siapa yang tak nak bahagia.. siapa yang taknak sesuatu yang terbaik dalam hidup.
 
SUKUR.. SYUKUR... SYUKUR..
ALHAMDULILLAH..
 
bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki...
happy dengan apa yang kita ada..
cukup lah dan syukurlah dengan keadaan yang kita ada sekarang?>

Friday, May 2, 2014

Penyakit Manusia

Posted by itawazilas at 11:30 AM 0 comments
 
 
Assalamualaikum... salam Jumaat semua...
Hari ni saje nak cerita tentang penyakit² manusia.. Penyakit ni actually asal daripada jiwa laa.. bukan nak tujukan pada sesiapa.. tapi hakikat.. semua orang ada penyakit ni.. termasuk la aku sendiri... kadang² kita rasa ada org tak suka kita.. sebab nya macam²... kita pun x minta dia suka kita.. sendiri punya rasa la kan.. kita sendiri pun tak tau..
 
Sedikit sebanyak tentang penyakit² manusia kat atas tu.. aku pernah alami sendiri.. pernah la rasa antara "bila dot dot dot" tu kan.. argh... adatlah tu.. namapun penyakit manusia kan... takkan senang hati dengan kelebihan atau kekurangan seseorang.. bila kita senang.. bila perlukan sesuatu.. kita juga yg dicari.. tapi belakang kita.. bila x perlukan kita.. mcm² kita diperkata.. hmmm... manusia oh manusia.... ni nak kongsi ubat² mujarab khas buat manusia yang ada penyakit jiwa..
 
Ubat yang mujarab Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW. Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.
  • Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.
  • Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.
  • Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.
  • Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.
  • Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya  perlu  dirujuk  dan  dikembalikan  Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Dosa melemah dan mematikan jiwa

Thabit bin Qurrah berkata:
“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Abdullah bin Mubarak berkata:
“Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna  menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”

 


Lihatlah cinta dengan pandangan mata hati

Posted by itawazilas at 9:31 AM 0 comments
Lihatlah cinta dengan pandangan mata hat
 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review