Wednesday, July 23, 2014

Boarding Memey dan Tomey

Posted by itawazilas at 4:51 PM 0 comments
Salam 
Ok actually.. aku reschedule balik n3 nih.... 
nnt jadi backdated x sedap plak kan..
sebelum bertolak ke kg... aku kene hantar kucing2 aku dulu.. tak leh bawa kot.. sbb lama dalam kereta.. kesian meow2 ku nanti.. sangat sedih perasaan aku masa tu tau... dah kompem2 aku peluk cium bagai... seminggu kot nak tinggal.. kalau raya kg aku.. aku tinggal rumah ayah aku je.... hmmm...

Pic ni .. on the way nak g anta kat vet... tapi banyak persinggahan nih.. mula2 g amik anak aku kat skolah.. pastu hubby aku ke opis jap.. ade file nak kene submit.. aku lak nak kene anta barang2 niaga aku kat custumer.. ALHAMDULILLAH.. rezeki lagi... da setel2 semua... aku gi anta memey n tomey ke vet dulu sebelum singgah umah ayah... huhuh... lama betul kene tinggal dgn mama... 

tak mo noti2. ok... 
jumaat minggu depan mama amik... 
masa ni mmg takde kucing lain anta la.. 
sbb awal sangat kitorang anta nya... huhu...
kitorang hantar kat Mesra Pet Serdang. RM13 sekor 1 malam.. 
erkkk.. 2 ekor kot.. 7 hari lak tuu... huhuhuh...  
tak pe lah.. janji my bulus terjaga makan minum nye yekkk

baju2 da siap packing.. kene setel2 mane yg patut.. 
jumpa mak ayah dulu..

siap2 berangkat ini malamm....

Tuesday, July 22, 2014

Our Raya Facebook Cover

Posted by itawazilas at 3:24 PM 0 comments
Salam... hai korang... 
hari ni last aku bekerja... esok da start cuti dah... manyak syok dpt cuti awal... hehehhe.. ari ni gak gaji.. aku ingat nk g bank nk gi cucuk duit... nak bayar duit baju kurung.. tapi ramai amat..huhuh.. biarlah dulu... 

lepas borak2 dengan member... aku pun duduk tempat aku.. dok pk nak buat ape.. pastu terpk nak buat FB cover utk hari raya ni... so dlm masa tak sampai 15 minit.. aku pun dapat menghasilkan ni.. tak la cantik mana kan.. masa tu kan emas.. so manfaatkan ia sebaik2 nya...

taraa... comey x heheh.. 

actually.. tu gambar raya last year.. baju tu sebenarnya warna pink.. so sebabkan tahun ni kami tema hijau turquoise.. edit la sikit2 guna photoshop... tacap2 sikit mane yg patut.. malas nak nak tunjuk kemahiran lebey2.. hakhakhaktuii... watpe aku ngadap lama2 kan.. laghoo ni..laghoo.. hahah...

lepas aku upload kat fb aku... tiba2 ada akak kat HQ.. minta tlg aku.. ingat kan nak minta tlg ape.. rupa2 nye minta tlg wat kan macam aku ni... nak anto via whatsapp la katakan.. sekarang pun mana main kad2 raya bagaikan... hmmm.. ni hasil kakak tu... harap akak suka la yer....

ni khas wat kak Hajar... hope suka.. lagipun ni main2 je.. tak wat serius...lagi cantik dari Puspanita punye katanyeee... hahaha..

yg ni lak wat family abg bob... seperti yang diminta.. nak background belakang.. yg ni aku tepek je.. 5 minit siap.. hehhe... maklum la nak keja balik rumah jap.. kemas2 apa yg patut kat rumah tu... 
hope k.wan & abg bob sukeee.. hikhikhik...

ok sape mau buat lagi.. sementara aku keje ari ni? hihi free je kot.. takde nak amik upah2 bagai.. heheh... 
ok.. nnt nak sambung lagi.. da start cuti... susah le nak berblog.. huhuhu...

Monday, July 21, 2014

"Last Seen" Whatsapp

Posted by itawazilas at 3:33 PM 0 comments


Salam..Korank... hari ni nak citer pasal whatsapp lah..
tapi sebelum tu.. meh nak perkenalkan whatsapp.. sejak whatsapp diperkenalkan.. ramai yg teruja gile guna apps ni kan.. ada yang sebut wasap.. wasep.. whatsapp... watsek.. hahahha..

WhatsApp Inc wujud pada tahun 2009 oleh dua orang lelaki bernama Brian Acton dan Jan Koum. Keduanya adalah bekas pekerja senior di raksasa online Yahoo.

Keduanya telah bekerja di Yahoo selama sekitar 20 tahun. Jan Koum pada mulanya mempunyai idea menciptakan sebuah aplikasi yang boleh membroadcast status ketika seseorang tidak dapat dihubungi kerana alasan tertentu.

Koum pun mengajak Acton untuk bekerjasama dengannya. Kemudian mereka mencipta perusahaan start up teknologi bernama WhatsApp Inc yang berlokasi di Santa Clara, California.

Namun aplikasi broadcast status tersebut tidak menarik perhatian pengguna. Kemudian mereka menambah fungsi messaging pada tengah kedua 2009, pada waktu itu WhatsApp pun BOOM.

WhatsApp Inc hanya mempunyai pekerja seramai 20 orang. Di mana sebagian besar di antaranya adalah tecnition.

Data terbaru pada bulan Ogos 2012, WhatsApp mengirimkan 10 milion pesanan sehari dari penggunanya di seluruh dunia. Padahal bulan April 2012, 'baru' 2 milion pesan dikirimkan.
Kini WhatsApp boleh digunakan untuk semua sistem operasi mobile. Dari iOS, Android, BlackBerry OS, BlackBery 10, Nokia Symbian, Nokia Series 40 dan juga Windows Phone.

WhatsApp sebenarnya tidak percuma sepenuhnya. Aplikasi WhatsApp di iPhone boleh digunakan hanya selama setahun, kemudian diwajibkan membayar. Demikian juga di platform lainnya.

Pihak WhatsApp menyatakan pihaknya memang sengaja mengenakan bayaran kerana ianya merupakan produk yang boleh dijalankan tanpa iklan. Sejak awal, aplikasi ini sudah dirancang berbayar sehingga team WhatsApp boleh fokus utk mengembangkan produk.


Kini WhatsApp memperkenalkan cara bagi membolehkan pengguna lain tidak dapat melihat waktu terakhir anda aktif menggunakan aplikasi tersebut.



Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp

Bagaimanapun jika anda memilih untuk menyorok ‘last seen’ anda, maka anda juga tidak dapat melihat perkara serupa pada pengguna lain.

Boleh dikatakan, ini adalah perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna Android yang menggunakan aplikasi ini bagi menjaga privasi mereka.

Apa yang bagus, ‘Last Seen’ ini boleh diatur untuk disorok sama ada terhadap pengguna tertentu, semua orang atau hanya kepada pengguna yang tidak diset nombornya di telefon bimbit anda.

Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp [3]


Selain menyorok status ‘Last Seen’, aplikasi yang dimuat turun kelak boleh juga digunakan untuk mengatur siapa yang boleh melihat gambar profil dan status anda.
ok.. pic kat atas tu cara2 nak menyorok .. mungkin dia fikir dia bijak .. tu pasal berjaya menyorok tu.. tapi orang skrg x bodoh sangat kot.. hmmm..  selalunya org yg menyorok ni.. orang yang PENGECUT... org yg banyak buat salah.. tu pasal dia menyorok.. sangat BACUL hokeh.. 

kat bwh ni aku copy fakta pasal Isu 'Last seen' .. dari blog aku gadis pena. so aku share dengan korang sbb aku rasa info ni berguna pada sesiapa yang rasa mementingkan relationship... 
 Hide ‘Last Seen’ in WhatsApp [2]
Last Seen ni boleh mewujudkan kecurigaan dalam perhubungan.Secara jujurnya sebagai wanita,aku juga mengalami situasi yang sama dengan sejak menggunakan Whatsapp.Tapi hari ini aku bercakap secara umumlah ok...Sebagai wanita,aku amat memahami perasaan bila kita amat menyayangi pasangan sehingga risau sekiranya pasangan kita berlaku curang menggunakan teknologi semasa.Salah satu situasi yang menimbulkan kecurigaan apabila kita melihat 'Last seen' or waktu terakhir pasangan kita menggunakan Whatsapp adalah pada waktu lewat malam atau lebih spesifik semasa kita tengah tidur.Pada ketika inilah wujudnya kecurigaan dan prasangka buruk tambahan lagi sekiranya situasi ini berlanjutan dengan kerap.

Apa yang patut kita buat?Aku memberi pendapat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang mungkin mempunyai pasangan yang sebegini.Perkara penting yang perlu dilakukan adalah BERSANGKA BAIK.Kita lebih mengenali pasangan kita tambahan pula setelah bertahun menjalinkan hubungan.Walaupun tidak mengenali secara keseluruhannya,tetapi sudah pasti kita akan mengetahui sebarang perubahan sikap yang berlaku kepada pasangan kita.Jika semuanya masih sama,tiada apa yang perlu dicurigakan.Bersangka baik la terlebih dahulu.Lagipun dalam soal 'Last seen',kita tak boleh expect kita adalah org terakhir yang 'chat' dengan pasangan kita.Kita perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang memiliki aplikasi sama untuk berhubung.So,JANGAN OVERTHINK dan terburu-buru MEMBUAT TUDUHAN. Jika kita bersikap begini tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,ianya akan mengeruhkan hubungan dan tidak mustahil kita akan 'mewujudkan' situasi yang kita tidak harapkan itu disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas secara berterusan.Oleh sebab itu,kita perlu PERCAYA tetapi JANGAN TERLALU RELAKS pada masa yang sama.

Ada sesetengah pasangan yang tidak suka terlalu dibiarkan.Jika terlalu dibiarkan,mereka akan merasa seperti tidak dipedulikan.Maka dengan itu kita perlu juga mengambil tahu serba sedikit mengenai rakan-rakan mereka dan apa yang mereka lakukan tetapi JANGAN MENGONGKONG. Sekurang-kurangnya kita tidak terus berprasangka buruk dan tertanya-tanya apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka berhubung menerusi Whatsapp.Dalam soal ini,ia berbalik kepada sejauh mana kita mempercayai pasangan kita dan perbincangan itu amatlah perlu.Tetapi si pasangan juga perlu memahami bahawa jika pasangan mereka bertindak berfikiran negatif dan mula membuat tuduhan disebabkan oleh 'Last seen',itu bererti mereka takut kehilangan pasangan mereka..wujud rasa cemburu kerana sayang..orang cakap 'A real boyfriend/girlfriend is scared to lose their partner.' Jadi adakalanya kita perlu berasa beruntung memiliki pasangan yang benar-benar takut kehilangan kita dan menjadikan kita sebagai sesuatu yang istimewa serta tidak boleh dimiliki or mendapat layanan yang sama dengan orang lain.

Maka sebaiknya perbaiki hubungan..jaga sebaiknya...don't too overthink about 'last seen'...actually,it's nothing.


Info : 20 Tanda lelaki dicintai Jin Betina

Posted by itawazilas at 12:32 PM 0 comments

Salam.. Hish... seram je tengok pic tu kan... ni nak kongsi info nih... baca tau... kalo rasa ada sedara mara ke.. abang ke.. kawan ke.. BOPREN ke.. yg mmg kuat napsu tu.. bawak2 la g berubat.. hahaha..


Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurangkurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang  tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat. Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolaholah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang
menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti manamana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki. Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya.

InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita. Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

Alhamdulillah.. permohonan masuk Thailand da lulus.

Posted by itawazilas at 12:01 PM 0 comments
Alhamdulillah... yeayyy... nampak x?? nampak x?? tuuu da lulus.. heheh... syiok.. leh jalan2 masuk thailand.. tak sabar nyee... nak masuk takbai... masuk golok.. heheh.. tahun lepas lupa bawak passport.. masuk pun illegal hokeh.. heheh tahun ni kompem bawak passport dan masuk secara halal... hahahah.. alang2 g kan.. shopping lagi kot kat sana... sana banyak gila mercun.. cuma lepas x lepas je masuk seberang... heheh...

hmm... nak beli apa masuk sana eh...

1. sabun collagen .. kasi borong..
2. ada member kirim Jersey.. kalau ada.. aku bli...
3. mercun/bunga api.. tu normal lah..
4. baju bajan / skirt labuh murah kot sana... hehhe...
5. buah-buahan
6. makanan.. mmg x dpt di tandingi lah.. sedap gilerrr... kalo g bulan x pose.. mmg sgt osem..
7. tak tau lagi..
8. tak tau lagi..
9. tak tau lagi.. .
selalunya  da sampai sana akan melebihi list.. percayalahh.. heheh..
kitorang leh jadi gila kalau masuk thailand... hikhikhik...

cuti raya ni.. kalau g pulau.. best gak kan.. krabi ke.. fuyyooo!!!

Jalan-jalan UPTOWN SHAH ALAM

Posted by itawazilas at 11:34 AM 0 comments

Jumaat lepas kan aku ada update pasal aku ontheway g uptown shah alam kan.. seronok lak jalan malam2... lama x jalan.. maklum la bulan puasa.. ni hubby tercinta ajak lak.. ape lagi.. jom kan aje.. walaupun letih sikit.. member dia pun ada follow gak.. aku takde hal nye.. ehheh ok.. tdo la kejap dlm kete.. hehe.. smpai2 kol 11 lebih kot ... mudah plak dapat parking.. orang macam biasa la ramai kan.. tapi x ramai sangat la.. sampai2.. anak aku nak air lak.. huhu.. baru bangun tdo la katakan.. bodek macam2.. dia x suka g uptown sebenarnya.. sbb ramai orang.. panas.. huhuh ko tengok anak aku nih.. nak g tmpt sejuk aje.. shopping complex lettew.. uhuhhu... masa jalan2 tengok barang.. anak aku muka ketat.. aku pun ty la nape.. dia kata.. lapar.. huhu.. ok2.. aku pun bawak dia g tpt makan.. siap order nasi goreng cina lagi.. heheh.. sementara laki aku tgk barang... aku pun layan anak aku.. kasi tenaga sikit nak jalan.. banyak juga makan.. aik.. tadi da buka pose.. pun lapar lagi.. heheh.. pastu laki aku sampai.. bawak paperbeg.. dia kata.. "sayang.. pa bli spek.. heheh.. dpt free mp3 lagi.. " wah.. ok la tu.. mesti habis lebih RM150 nih.. " .. laki aku sengih je.. anak aku suka la tu dpt mp3..ni gambar nye.. anak aku da cabut dari kotak nya yg comel itu...

jalan punya jalan.. mcm2 gak beli.. heheh..membeli aje keje nye.. adeiii.... aku pe agi.. bli tudung la.. heheh.. RM50 kot tudung tu.. meheiii... tp laki aku kata beli je.. cantik tu.. warna pink pepel.. mesti lew cantik.. heheh.. pastu mende lagi eh.. anak aku bli patung frozen.. hmm.. frozen lagi.. lg beli ape tah.. x igt.. hehhehe.. kol 3am baru sampai rumah.. 

alaa.. rugi plak rasa x amik gambar suasana kat sana... happening!

persoalan...
nape aku x suka g Uptown MINES? sbb boring.. lagipun dkt dengan serdang.. so ade je la muka2 member terjumpa.. hahahha... malas citer banyak... phuiii...!


simpati buat MH17

Posted by itawazilas at 11:10 AM 0 comments
Salam Isnin...

Huhuh... Isnin... rasa² nya takde keje pending dah ni... semua da setel... ok lah.. baru2 ni kita semua dikejutkan satu berita menyayat hati.. kan... kiranya malam jumaat 17/7/2014 Kapal Terbang MH17 yg berlepas dari amsterdam ke Kuala Lumpur tu ditembak oleh pengganas... masa mula² dpt berita ni... mmg spechless... tak tau nak kata apa.. sebak gak.. sebab nak raya kan.. tak sanggup aku tengok diorang yg kehilangan ahli keluarga... 

actuallly aku pun tak nak cerita banyak pasal ni.. sbb dah banyak sangat dalam internet.. citer tak betul pun banyak... macam2 spekulasi aku baca... so baik dok dendiam.. jangan pertikai.. ni kan perancangan Allah.. percaya Qada' Qadar.. dan ketentuan... 

tapi ape2 pun.. Pengganas ni patut di bawa kemuka pengadilan... sian diorang yang tak bersalah... tengok mayat berterabur.. ALLAHUAKBAR... kalau ada antara family aku yg terlibat.. mau nye hancur hati tengok... NAUZIBILAHIMINZALIK... minta jauh.. YA ALLAH.. lindungi lah aku.. kaum keluargaku... serta sahabat2ku dari kezaliman manusia... Aamiin...

OKlah.. lupakan sekejap pasal MH17.. biar mereka yang bertanggungjawab menguruskan hal2 ni.. tak yah nak jadi keyboard warrior sangat la kan... apa yg kita perlu buat.. teruskan berdoa semoga negara kita menjadi negara yang aman sejahtera.. jauh dari anasir2 yang boleh menghuru-harakan Malaysia...  ni aku share sikit pic2 pasal MH17... banyak lagi la dlm internet.. googlekan aje..












simpati dari aku...  Semoga mereka yang beragama Islam ditempat2 bersama² orang beriman... Untung meninggal di bulan puasa.. 10 malam terakhir pulak tu.. Al-Fatihah.. salam takziah pada ahli keluarganya.. semoga kuat dan tabah menghadapi ujian Allah ini..

Friday, July 18, 2014

Saya dapat sesuatu...

Posted by itawazilas at 11:32 PM 0 comments
Assalamualaikum... 
Alamakkk... banyak hari dah miss... rasa rindu plak nk update... bz kot..
bz bisnes.. bz keje.. bz wat keje rumah... huhuhu... mcm2 berlaku kan... nak citer pun banyak.. kat opis bz dorang suh design poster... suh design kad raya... huhu... walaupun bz.. tp aku suka wat keje2 tu.. bab2 design.. byk kali dah aku menang pertandingan merekacipta cover buku.. hehe. Alhamdulillah..  ok2.. tu citer lama... kot ade rezeki tang lain.. aku grab jer... Alhamdulillah dikurniakan ilmu.. 

ok.. kiranya citer combine gak la ye.. mane ingt.. aku citer.. x igt aku selit kemudian kan.. 

Masa cuti nuzul AlQuran.. pg2 aku dah kuar.. pagi x pagi lah... biasalah.. org meniaga kan.. nak kene amik stok.. ramai nk pakai b4 raya... so kene bertindak cepat... so.. dlm kol 2 lebih dah selesai.. sesampai je kat rumah... merehatkan diri ... ehhh... boring kot citer nih.  hahah  
sbnr nya nak citer pasal aku dpt sesuatu dr hubby... ptg tu tgh masak2 utk juadah berbuka.. lagi aku balik keje.. terus bgtau aku   

"sayang.. ade surprise ni utk sayang... "

tadaaaaaa... heheh dia tunjuk apa tau... dia belikan aku MONOPOD.. hehehe.. kelakar la pulak... aku ni bukan le kaki selfie.. heheh.. tp aku ade suarakan kat dia... kalau ade monopod raya ni.. boleh amik gbr 3 org kan . tak nak nyusahkan org... satu lagi mane tau gbr x cantik... kan.. kan.. heheh .. cer tgk pic tu..  panjang kot... heheh.. 4 kaki pnjang nye.. hmmm.. papa kata yg kualiti sikit.. sbb ade lock.. yg murah tu cpt loose.. nnt senang berpusing sndiri.. ape2 pun terima kasih sayanggg... baru sebut.  esoknye da dpt... hehe best.. best. . love u sgt2... ngee   

jap2.. pening kpala ni.... update blog dlm kete nih... pakai hp jer.. otw nk g uptown... heheh
nnt sambung lg... 

Wednesday, July 16, 2014

Wanita Stereng lock dan Peugeot putih, CDM25 Hogoh! Pahang! Hogoh!

Posted by itawazilas at 5:18 PM 0 comments
Salam 18 Ramadhan
minggu ni.. cerita yang paling panas cerita pasal seorang wanita dikategorikan HISTERIA ke. meroyan ke.. sebab pijot putih nye kene cium... siap katuk2 dengan stereng lock lagi.. nih nak share videonye...

Pada aku lah.. dalam bulan puasa ni.. kena lah sabar.. banyak bertenang.. terima Qada' dan Qadar. Allah sebenarnya dan tentukan apa yg bakal berlaku.. kita je tak tau.. tu kan rahsia Allah.. lagipun.. Allah nak uji kita.. kenapa pula nak meroyan2 depan public.. tu lah kalau emosi dah tak terkawal.. aku rasa... wanita ni mindanya bercelaru, mungkin tgh stress, mungkin ada masalah yg sedang bermain difikiran sampai hilang pertimbangan atau 'hilang akal'. tak sedar apa yg berlaku nnt.. natijahnye selepas kejadian ni.. Tapi.. perlu kita fikir secara waras... dan serta merta.. Bila peristiwa ini berlaku, mindanya akan tambah celaru, emosi tidak stabil dan lahirlah tingkah laku yang tidak waras. 
Hairannya dalam klip ni tiada sesiapa yang cuba bantu menenangkan wanita ini. mayb takut kene katuk dek pompuan hilang akal tu kot... huhuh

Sekarang.. video ni dah tersebar luas kat Facebook.. kat Youtube.. dah jadi viral dah.. mayb dia akan didakwa atas tingkah lakunya luar kawalannya itu.  Disebabkan tindakan dia tu macam pembuli jalan raya.. tak pasal2 leh di dakwa.. Garang betul.. terjerit2 macam tu.. nasib baik la uncle tu rilek je.. mcm2 aku pk... 

  • Awak tu seorang perempuan.. bertudung... islam.. jagalah adab.. Islam kan ajar kita supaya sentiasa menjaga adab supaya org tgk islam itu indah.. kan. budi bahasa la sikit.. huhu jangan meroyak histeria terjerit2 macam apa.. agak2.. mesti family ko malu la dgn tindakan ko tu woi...!
  • Kenapa la bangga kan sgt pijot ko tu.. sikit je kot.. calar2 je..claim insuran.. setel.. menyirap gak bila pompuan ni kata.. "U c my plate number" dengan sombong lagi riak.. pastu kata "u pay me now.. two thousand.. Now!!... Astaghafirullah.. agak2 la cik kak oiii...
  • ada 1 part tu.. nape dia kata "dia cina.. saya tau dia menipu??" lahh... pls la.. kita 1 malaysia.. kalau orang tu leh cakap elok2 dgn kita.. nape kita leh terpk utk cakap sampai mcm tu.. aku x suka betul la cara macam ni... lagipun uncle tu orang tua .. hormat la sikit.. cakap org stupid bagai.. ko tu ?? tindakan kau bijak sangat ke?
  • Kau tengah PMS eh dik??!! kalau mcm ni la perangai ko.. tak berlaki ko dik.. garang nak mampus...cam kena rasuk syaiton...  macam singa.. perangai x senonoh mcm ni.. sombong plak tu.. adei laa... tak de harga diri langsung...
  • Ketuk2 Ramadhon.. hhuhu... nak tunjuk gangster ker betina ni.. bawak keluar stereng lock.. pastu ketuk2 kereta orang... shame on u la betina.. dah la amik kunci kete uncle tu.. pastu cakap mcm racist.. ni bukan racist.. kau tu la betina.. kurang ajar sangat.. padan muka ko 1 malaysia kecam ko.. phuiiii!!!


 Ada aku terbaca.. so aku copy paste report polis ni... 

 As salam YDH Dato/ Tuan. Laporan kes menarik perhatian kemalangan jalanraya/road bully sptmana disiarkan dlm laman sosial facebook,youtube dan whatsapp.
1. Tarikh/masa kejadian : 14 hb Julai 2014 jam l/kurang 1310hrs.
2. Tempat kejadian: kawasan parki
ng UTC Kuantan.
3. No repot : Trafik Kuantan Repot 7143/14.
4. Pengadu: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin, umur 30 tahun, kerja swasta, alamat C1 Rumah kakitangan ladang felda lepar utara 8 bandar Jengka. Pahang.
5. Ringkasan kes:
Pada 14/7/14 jam lebih kurang 1310 hrs, pengadu memandu motokarnya no CDM 25 jenis Peugeot di kawasan parking UTC Kuantan utk ke tempat bayar parking tiba2 sebuah motokar jenis Toyota no CBG 5392 keluar dari sebelah kiri dan terus melanggar bhg kiri motokar pengadu. Pengadu tidak cedera dan motokar pengadu mengalami calar2 di bhg bumper belakang.
6. Tindakan diambil: kes disiasat oleh A.I.O Sjn 162772 Mohd Izam Sadhli bin Zakaria dibawah LN166/59 003(2)(B) iaitu keluar simpang tidak beri laluan. Saman telah dikeluarkan kepada pemilik motokar Toyota no CBG 5392 iaitu Sim Siak Hong umur 67 tahun seorang pesara, Alamat A 2486 Lorong Kubang Buaya 20 Off Jln Kubang Buaya Kuantan. Beliau juga ada membuat repot trafik no 7145/14 menyatakan beliau tidak cedera dan kereta tidak rosak.
7. Sewaktu diambil keterangan oleh a.i.o,lelaki cina ini ada menyatakan pengadu ada mencekak baju beliau dan mengetuk kereta beliau dengan stering lock. A.i.o telah memberi nasihat agar beliau membuat laporan polis namun lelaki cina ini ada menyatakan tidak mahu membuat laporan dan memaafkan pengadu.
Sekian utk makluman YDH Dato/ tuan drp ASP Ahmad Nazri Zainal. KBKA/KTD Kuantan, Pahang.

Alahai.. Uncle tu pun dah maafkan.  haish.. bila da jadi viral macam ni.. mcm2 la keluarkan.. meh aku copy paste.. saje nak bagi pengajaran pada siapa2 yg suka meroyan dan x de adab... oh please!!



aku suka kartun nih.. ahaks....tak pasal2 pijot putih jadi troll hahah...


 Sedihkan tengok muka uncle nih... 
sambil tunjuk kesan kemek kat kete dia akibat dipukul perempuan hilang akaldgn stereng lock.. 
sib baik uncle tu dah maafkan.. dan tak buat laporan.. ini baru matured.. Uncle.. i sokong u uncle...!!
tapi.. apa yang aku baca... paling best.. uncle ni tak yah kuar duit langsung utk baiki kete dia.. 
 Dalam pada masa yang sama, Astro Awani turut melaporkan Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber
.


hah... kiki oh kiki.. mudah kau minta maaf... choiiii!!!!
meluat betul kalau tgk byk kali video ko meroyan ... huh...

terror betul la malaysians ni... hehehe

Berminat?...Standby RM2Ribu...

Nickname : kiki
facebook : https://www.facebook.com/kiki.kerjakahwin (dah deactive)
twitter : https://twitter.com/KerjaKahwin
blog : http://kikikerjakahwin.blogspot.com/
hp : 0137791393

company fanpage : https://www.facebook.com/LikeKerjaKahwin
fanpage admin : https://www.facebook.com/Idz.KerjaKahwin
company email : idz@kerjakahwin.com.my
fanpage admin hp : 0133871373

company web : http://www.kerjakahwin.com.my/

Kalau dah jodoh tak kemana...wakakakaka
kredit kat king jason pages 

Kau perli siapa tu dik oi!!
 Indahnya kata-kata mu kiki... tapi sayang.. tak seindah tingkahlakumu... kekekek






OK.. OK.. dah.. dah... hehehhe... 
Bertaubatlah dengan segera KIKI... 
semoga dipermudahkan semuanya yer... 
nak raya nih... nnt ramai lak peminat nak dtg raya nnt...
 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review