Sunday, December 15, 2013

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Posted by itawazilas at 3:48 PM 0 comments

100 Doraemon Secret Gadgets Expo 

 Hari ni da plan nak g tgk Doraemon expo... mati² la ingat kat Mid Valley.. memang direct terus g Mid Valley.. sesampai je kat MV.. terus gi kaunter pertanyaan.. mmg salah tempat.. hehehe.. miscommunication la pulak.. takpe la... jalan² dulu kat MV... kebetulan ada pokok² krismas.. snap² dulu with my love.. heheh..


kami pun meneruskan perjalanan ker Viva Home Expo Hall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.. 
hubby kata x jauh.. ok sesampai kami disana...

  hubby terus bli tiket ....
RM25 - dewasa
RM15 - kanak²


 Kakak dgn tiket...
Apsal ada hello kitty lak tu... adeii.. kita nk tgk doraemon k...

Snapy sane.. snapy sini... heheh

kakak dgn gaya² doraemon

Mamaaa... Sakit telinga dengar GIANT nyanyi....
Papa pun Sama je ... ♥ u ols...
pose mmg no 1
 
pose lagi...
lagi dan lagi....



Monday, December 9, 2013

Persediaan Zuyyin utk ke tahun 1

Posted by itawazilas at 11:30 AM 0 comments
Assalamualaikum...
lama da tak update blog... bz... sangat khennn...

OK.. just nak share something...

next year Zuyyin da nak masuk tahun 1... banyak persediaan yang DS nak buat.. esp Zuyyin punya pembelajaran dan persekolahan..

First at all.. kemas bilik Zuyyin...  no more toys lah.. dah besar kan.. so.. mane2 toys tolak tepi ataupun simpan for next baby??? hekkk... lambat lagi kott... heheh... Kemas bilik die.. alih katil ke tingkap.. and kemas buku2.. ingat nnt nak buat poster2 kat bilik die supaya die boleh sentiasa ingat dan baca.. harap2 macam tu lah... sebab da masuk tahun 1.. kena straight sikit...

ok.. prepare for any soalan2 untuk tahun 1.. untuk nak masuk tahun 1 ni.. kena ada jalani test utk layak masuk ke kelas mana.. siapa nak anak die masuk kelas last khenn.. so DS hope sangat agar apa yg diajar.. di baca.. di fahami.. untuk Zuyyin ... lepas buat pencarian kat google... adalah jumpa beberapa contoh kertas ujian diagnostic untuk darjah 1

BM
BI
MATH

nnt aje lah DS upload untuk dikongsi bersama...

OH MY ... Baju sekolahhh? Buku Sekolah... semua belum beli... hmm... sabar yer anak mama Zuyyin....


Saturday, August 3, 2013

Ketupat Sotong Buat Suamiku...

Posted by itawazilas at 5:00 PM 0 comments

Bulan puasa.. kalau x buat ni.. mmg tak sah.. sekali makan 5-6 ekor pun x de hal.. nak bli mahal ok.. RM3 - RM4 seekor.. kecik2 lak tu.. tapi nak masak.. lamoonyooo laa... takpelah.. janji papa suka.. 
nak ke resipinya???

Actually.. ketupat sotong ini adalah sejenis makanan yg berasal dari tumpat kelantan... ia selalu dihidangkan pada waktu petang.. tea-time dish la konon² gitu.. sotong yang dibuang isi perutnya dan disumbatkan dengan beras pulut. kemudian dimasak dengan santan dan bahan2 lain selama lebih kurang 1 jam sehingga kuah menjadi betul2 pekat dan hitam.. korang jangan pk ni lauk sotong pulak.. sbb nya ini manis.. ini ibarat pengat la.. kalau orang tak makan.. memang die tak lalu makan.. tapi kalau da try sekali.. mesti nak lagi.. esp anak buah DS.. noriza.. 1st time makan.. sedappp katanya.. nnt mamacu buat lagi hokeh...

Resepi nya seperti dibawah :

KETUPAT SOTONG
Sotong : sederhana besar, 7-8 ekor (ikut banyak mane lah)
Beras pulut : basuh bersih-bersih dan rendamkan seketika
(tujuannya agar bila masak cepat masak)
Garam : secubit garam
Santan : 1-1/2 biji kelapa....biarkan lemak.
Daun pandan : 3-4 helai
Gula Melaka : 5-6 keping yang kecil
Gula : segenggam gula.

→ Sotong dibuang segala isi perut, dan buangkan kulitnya. 
→ Sumbatkan beras pulut separuh badan. kalau penuh nanti perutnya pecah..tak tahu mana pulut, mana badan nanti.
→Masukkan sotong dalam periuk yang sederhana besar.
→ Masukkan santan, garam, gula melaka, gula, dan daun pandan sekali.
→ Biarkan ia masak sampai kuahnya betul-betul pekat.
→ Pastikan anda kacau selalu sbb ianya mudah jadi berkerak. Nanti tak sedap.

Oh ya...kalau nampak kuah tu tak pekat, lebihan dari beras pulut tadi, masukkkan je...biarkan ia masak sekali. Nanti kuah kita akan jadi pekat. Tapi banyak sgt lak...nanti lain jadinya..

Tuesday, July 2, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

Posted by itawazilas at 11:32 AM 0 comments
Salam semua...

Syukur Alhamdulillah... ini kali kedua DS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012... kali pertama tahun 2002 rasanya.. 10 tahun baru dapat semula.. Alhamdulillah...

Majlis Berlangsung kat Dewan Jubli INSPEN.. masa ni.. kene duduk ikut nombor.. so jauh la dari kawan2.. sebelah DS tak berapa kenal sangat.. orang JB.. punya la lama majlis ni sampai kong bateri.. frust juga tak dpt amik gbr banyak... cuma gbr kat atas stage dalam CD yg diorang bagi jer.. nape tak print kan sekali.. huhuh... leh gak letak dlm frame.. hmmm...

Buku APC

DS nombor 111....

Koir... mempersembahkan mcm2 lagu diiringi kumpulan cak lempong tu... boleh laa... heheh

D'stage!

D'Dewan....

Monday, June 17, 2013

Santai kucing-kucingku

Posted by itawazilas at 10:42 AM 0 comments

Weh laaa... agak2 la nak bersantai tu... tinggi tuuu tau tak... tingkat 11...
apa aje lah yang dijenguk kat bawah tu..
Mama yang snap pic ni pun seriau takut hp jatuh.. ni kan pula kamu² yg syok bersantai tu..
aduhai MEMEY dan TOMEY ku...
nak pasang net?? pasang kat grill je .. tapi dah tak guna.. kene panjat je keje... 


Tuesday, January 15, 2013

Nasi lemak on weekend

Posted by itawazilas at 10:36 PM 0 comments
Requested from papa...
Masak utk Makan tengahari... Dalam sejam... Siap... Jemput tengok kami Makan..

Friday, January 11, 2013

CINTA

Posted by itawazilas at 4:03 PM 0 comments

        Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.    Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.   

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.    

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.    Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.    
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.    

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review