Saturday, August 3, 2013

Ketupat Sotong Buat Suamiku...

Posted by itawazilas at 5:00 PM

Bulan puasa.. kalau x buat ni.. mmg tak sah.. sekali makan 5-6 ekor pun x de hal.. nak bli mahal ok.. RM3 - RM4 seekor.. kecik2 lak tu.. tapi nak masak.. lamoonyooo laa... takpelah.. janji papa suka.. 
nak ke resipinya???

Actually.. ketupat sotong ini adalah sejenis makanan yg berasal dari tumpat kelantan... ia selalu dihidangkan pada waktu petang.. tea-time dish la konon² gitu.. sotong yang dibuang isi perutnya dan disumbatkan dengan beras pulut. kemudian dimasak dengan santan dan bahan2 lain selama lebih kurang 1 jam sehingga kuah menjadi betul2 pekat dan hitam.. korang jangan pk ni lauk sotong pulak.. sbb nya ini manis.. ini ibarat pengat la.. kalau orang tak makan.. memang die tak lalu makan.. tapi kalau da try sekali.. mesti nak lagi.. esp anak buah DS.. noriza.. 1st time makan.. sedappp katanya.. nnt mamacu buat lagi hokeh...

Resepi nya seperti dibawah :

KETUPAT SOTONG
Sotong : sederhana besar, 7-8 ekor (ikut banyak mane lah)
Beras pulut : basuh bersih-bersih dan rendamkan seketika
(tujuannya agar bila masak cepat masak)
Garam : secubit garam
Santan : 1-1/2 biji kelapa....biarkan lemak.
Daun pandan : 3-4 helai
Gula Melaka : 5-6 keping yang kecil
Gula : segenggam gula.

→ Sotong dibuang segala isi perut, dan buangkan kulitnya. 
→ Sumbatkan beras pulut separuh badan. kalau penuh nanti perutnya pecah..tak tahu mana pulut, mana badan nanti.
→Masukkan sotong dalam periuk yang sederhana besar.
→ Masukkan santan, garam, gula melaka, gula, dan daun pandan sekali.
→ Biarkan ia masak sampai kuahnya betul-betul pekat.
→ Pastikan anda kacau selalu sbb ianya mudah jadi berkerak. Nanti tak sedap.

Oh ya...kalau nampak kuah tu tak pekat, lebihan dari beras pulut tadi, masukkkan je...biarkan ia masak sekali. Nanti kuah kita akan jadi pekat. Tapi banyak sgt lak...nanti lain jadinya..

0 comments:

 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review