Friday, November 7, 2014

Dosa Buruk Sangka dan Fitnah

Posted by itawazilas at 12:04 PM
Salam Jumaat semua....
lama lak tak update blog ku ini... minggu yang bz... sebelum kursus dan selepas kursus... mmg bz... boleh kurus kotttt... 

Pagi ni cam suram2 jer kan.. mendung pagi Jumaat yang berakah... Astaghafirullahalazim... 
Ya ALLAH.. ampuni dosa2 ku semalam.... huhuhuh


Kawan2... semua orang tidak sempurna.. aku juga tak sempurna.. sentiasa  berbuat dosa... banyakkkk buat dosa.. ALLAH ampuni aku ya ALLAH.. 

hari ni aku nak cerita pasal FITNAH dan Buruk sangka... korang tau tak apa itu fitnah... 

"“FITNAH”, itu adalah menyebarkan sesuatu berita tanpa mengetahui kebenarannya, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan memudahkan penyebar fitnah tersebut mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. "

"Fitnah tu lebih besar dosanya dari dosa membunuh (manusia yg tidak bersalah)"
firman Allah swt. (Al-Baqarah 217) 

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa y dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Buruk Sangka atau Suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang yg mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yg beriman dan orang-orang perempuan yg beriman dgn perkataan atau perbuatan yg tidak tepat dgn sesuatu kesalahan yg dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yg amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yg beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yg tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.


Pernah tak korang meletakkan diri korang bila difitnah kepada perkara yang tidak benar.. perkara yang tidak tau sebab2 kenapa. perkara yang hanya korang rasa betul dalam pemikiran korang sahaja.. pernah tak korang terpk dosa sangkaan yg terdetik dalam hati korang tu..

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik  kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

..aku sebagai manusia biasa.. banyak buat salah.. banyak buat dosa... banyak kelemahan dalam diri aku... aku harap sangat kalau kita sama2 memperbaiki diri masing2... memohon ampun atas kesalahan dan kelemahan diri kita masing2.. kita masih belum terlambat membuat perubahan sambil memohon petunjuk ALLAH utk kebaikan diri. Tinggalkan la sikap yang suka mencari kesalahan orang lain.. tapi lupa pulak dengan kesalahan diri. Takde yg sempurna dlm dunia yg fana ni .. kita disuruh berbuat baik dengan semua orang.. jangan kerana kesalahan semalam. kamoo hukum macam orang itu akan masuk neraka.. kompem kah korang masuk syurga?? jangan lah kamoo sombong dengan nikmat yg kamoo dapat.. jangan la kamoo riak dgn kata2 kamoo.. sama2 lah kita menjauhkan diri dari perbuatan munkar. aku terima andai aku ditegur secara hemah.. 
Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.

Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)

Bersangka baik la kawan2... jgn diterima bulat2 apa yg kita dengar.. lebih2 lagi melibatkan kawan2 yg kita kenali hati budinya.. pastikan kebenarannya dulu dan jangan sekali sekala buruk sangka. 

Firman ALLAH : Mengapa pada waktu kamuu mendengar berita bohong itu orang2 mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata ini adalah satu pembohongan yang nyata (surah An-Nur)

Kawan2... aku harap sangat.. jauhi lah diri kita dari sifat suka memfitnah.. mengumpat.. mengadu domba.. menyebar2 berita pada orang lain.. mengikut hawa nafsu jahat, berpuak2.. dan berbagai perangai yang tidak baik.. jangan la kita suka berburuk sangka... memburuk2 kan orang..  fikirkan kebaikan orang... pernah x korang terpk.. adakah perbuatan itu menguntungkan kamoo atau orang lain? pk kan juga kesan yg akan terjadi akibat dari berita yang disampai kan... Aku juga sedang memperbaiki diri.. tegurlah aku terus andai aku tersilap langkah.. aku sedia mendengar teguran andai itu yg terbaik buat aku.. aku sayang kawan2 aku.. seperti mana aku sayang diri aku sendiri..

aku pernah terbaca satu artikel tentang FITNAH ni.. mereka kosong makanan rohaninya.. Wallahualam... minta aku dijauhkan... 

"Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan."

ALLAHUAKBAR... banyak nye salah aku selama ni.. AMPUNI AKU YA ALLAH...

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Bertemu kita nnt di padang Mahsyar

Panjang pulak n3 aku hari ni.. huhuh...

0 comments:

 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review