Salam Jumaat Salam penuh barokah semua...
terima kasih sbb sudi singgah blog ni lagi...
hari ini nak bercerita tentang perasaan pulak... first at all.. kita sebagai manusia pasti ada masa lalu.. semua orang pasti akan lalui,, kesalahan masa silam juga merupakan mimpi ngeri yang sering menjadi igauan. Tetapi kesalahan itu dapat ditebus dengan keampunan dan bertaubat bersungguh pada ALLAH. Kisah lalu tak perlu diungkit.. setiap kali teringat.. ungkapkan Astaghfirullahal azim.. semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita. pasti tenang kembali.. ALHAMDULILLAH...
pernah tak dengar kata2 kat bawah ni...
"Hek eleh... ko tak payah bajet bagus.. bajet suci bagai... Macamlah kau tu bagus sangat Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana
sebelum ni. (tau sendiri ke atau org bgtau). Tak payah nak cari salah aku la.. malu sikit dengan perangai lama ko tu... Pergi mampus lah woi! lembab"
bla bla bla bla...
Fuh!! Kalau jenis orang macam ni... memang pantang ditegur. ego... sombong.. Habis disumpah seranahnya kita. Di salahkan kita balik.. Dikaji-selidik pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam sebelum ini. Mungkin orang itu merasakan yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Namun.. apabila ditegur secara elok pun tak berkesan.. apa tah lagi secara berkias atau perli... langsung tak nampak kesalahan yang dah memang jelas dimata.
Dalam Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk
kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim
itu adalah pendakwah. Kita juga bukannya maksum seperti Rasulullah SAW.
Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah
hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana
tidak mahu kesilapan tersebut diulangi insan lain. Dan perlu
tunggu jadi ustaz baru hendak memberi nasihat ke?? dah rosak baru menyesal tak sudah. Boleh pula berbangga pula dengan gambar berpegang2an tangan... berpelukan... tambahan pula dengan status2 yang memuja2 kekasih hati.. merindui separuh mati. aduhhh.. rosak sungguh budak2 zaman sekarang.
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang
terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan
kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia
sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang
memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)
Apa yang aku sampaikan ni... sambil aku cuba memperbaiki diri ini,
sambil itu juga aku menyeru
orang lain turut berubah bersama dan sama-sama buat kebaikan.
Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kottt? kannn... bagi nasihat..
tegur.. bagi hint untuk jalan penyelesaian.. berkias.. tak juga sedar2
diri... masih ego dan mengungkit kesalahan orang lain. Manusia tak
sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan
teguran.
"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka
dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang
memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah
untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat
kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).
Yang dah kene tegur itu, jangan lah nak meroyan.. usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur
kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi
peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda.
Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana
dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati
itu... dek cinta yang tak tau penghujungnya... Nauzubillah...
kesian kan..? bile diberitahu.. seseorang itu tak de perasaan seperti apa yang yang diperasankan oleh seseorang... hahahah faham x?? tak faham sudeyyyy... tapi kesian kot..
Don't judge me by past...
I'm not in the past anymore..
Accept me for who I am today..
0 comments:
Post a Comment