Friday, April 18, 2014

Hipokrit ke untuk menjadi lebih baik?

Posted by itawazilas at 11:05 AM

Salam....  Selamat pagi Jumaat....
Hari ni aku nak merenung sesuatu untuk diri sendiri... 
Perlu ke kita menjadi HIPOKRIT untuk berubah menjadi baik? 
Kadang² aku terfikir.. dan rasa takut untuk berubah menjadi baik.. kenapa?? takut hipokirt pada diri sendiri.. boleh ke aku berubah.. kalau bukan aku sendiri yang ingin perbetulkan diri sendiri. takkan org lain lak kan...
Macam² aku fikir.. apa kata orang nnt.. mayb orang kutuk.. mayb org mengata... mayb orang akan fikir aku nk tunjuk baik.. tapi mulut orang.. pemikiran orang.. kita takde kuasa untuk menyekat.. Aku pasti mesti ada yang tak senang kot dengan perubahan aku. kot laa.. aku akan terus tenang, sabar, teguh dan tabah dan aku akan bergerak terus ke arah perubahan. In Shaa Allah, aku pasti ALLAH tak akan mengecewakan aku yang ingin mendekatiNya. Kalau ada yang gembira dengan perubahan aku.. terima kasih.. bimbing aku yang masih jahil ni k..
 apa-apa pun.............
HUSNUZON...
biarlah orang nak kata apa... yang aku perlu pastikan.. hidup aku.. diri aku.. persiapkan diri untuk masa depan aku.. muhasabah diri.. Cari apa yang aku cari untuk kebahagiaan aku.. Sebenarnya jadi jahat, nakal dan apa² perbuatan negatif itu ada hipokrit... fikirlah sendiri kenapa.

Mengingat balik kata² Dr Muhaya...
♥ Orang yang sihat rohaninya, sihat emosinya, sihatlah badannya
♥ Orang yang cukup kasih sayang ALLAH, tidak perlu kasih sayang manusia
♥ Orang yang bahagia dengan ALLAH, pasti akan bahagia dengan manusia

so, aku yakin pada diri aku sendiri, perubahan aku bukan paksaan, aku berserah pada ALLAH. yang pasti aku nak berubah menjadi baik, dan aku akan manfaatkan untuk aku dan orang² yang aku sayang, esp buat suami aku tersayang.. anak aku, kedua ibu bapa aku dan adik beradik aku...


0 comments:

 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review