Tuesday, January 15, 2013

Nasi lemak on weekend

Posted by itawazilas at 10:36 PM 0 comments
Requested from papa...
Masak utk Makan tengahari... Dalam sejam... Siap... Jemput tengok kami Makan..

Friday, January 11, 2013

CINTA

Posted by itawazilas at 4:03 PM 0 comments

        Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.    Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.   

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.    

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.    Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.    
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.    

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Thursday, December 13, 2012

Lauk Pauk Orang Pantang

Posted by itawazilas at 11:22 AM 0 comments

TQ mak... Daging Goreng Kunyit+Lada hitam
Pagi² lagi mak datang... teman kan perempuan pantang ni.. heheh...
kene pantang juga.. sedap gila la... makan nasi panas²...

Yang ni plak from papa.. 
Thanks so much sayang sebab wat kan ikan stim ni... 
memang stim sangat makan ni dengan nasi... 
tambahan plak ada lawan bola Malaysia VS Thailand.. heheh
i ♥ u sooo much... nnt buat lagi yer sayang.....

SYOK NYA DAPAT CUTI 2 MINGGU

Tuesday, December 11, 2012

Hari² Terakhir kat Wad 2A Hospital Putrajaya

Posted by itawazilas at 2:51 PM 0 comments

Assalamualaikum...
Hari ni hari last dok wad... sangat lapar gila... lepas DC akibat keguguran... :'(
dah le takde makanan... air pun xde.. lapar sangat taw... huhuuh... tu pagi tu aku blasah je nasi lemak.. pantang.. makan dulu lah.. baru pantang... 


hari ni je doktor datang untuk check either boleh balik ke x.. pastu nak uruskan apa lagi tah.. pastu ada doktor lain datang dgn doktor pelatih.. pergh.. mcm kene marah je doktor2 pelatih tu.. kesian plak die kene marah depan patient.. huhhu... nasib ko la doktor.. nak jadi doktor..terima aje lah..



tunggu punya tunggu nak balik.. tak balik2.. sampai la time utk makan tengahari.. perghh... nasib briani kot.. boleh makan ke tak eh.. arghh.. makan ajee.. acik kat sebelah tu.. kata tak leh makan la..itu la.. ini la... acik.. saya lapar cik.. saya nok kelik ni.. tak sabar2 nak kelik... huhuh...
last sekali papa datang.. so kene tunggu die nak uruskan pembayaran wad pulak... pastu nak tunggu leh dpt MC lak... ingat kan leh bawak balik arwah baby .. tapi diorang kata.. tak perlu.. ok aje la kan...hmmm...

i dapat cuti 2 minggu uols..

- ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG TERJADI-

Monday, December 10, 2012

Selamat Tinggal... Tiada Rezeki lagi... aku keguguran

Posted by itawazilas at 5:00 AM 0 comments
Hmm.. sangat-sangat sedih... gembira tu hanya seketika je... Allah pinjamkan sekejap je kegembiraan tu.. tak de rezeki. aku harus menanti lagi.. hmm ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...


9/12/2012
Aku gi Birthday Party Deqna.. makan-makan sangat best.. sampai aku terlupa sesuatu.. aku pun amik fruit cocktail yang mungkin mengandungi sesuatu yang aku tak leh makan.. Nanas barangkali.. tapi aku tak amik nenas nye.. aku amik buah2 lain dan airnya je.. tapi tu lah.. kalau nak dijadikan sebab...Malam tu.. perut aku sakit semacam lepas kakak tak sengaja tumbuk perut aku.. bukan salah anak kesayangan ku.. tiba-tiba terasa sesuatu.. aku check.. mcm secalit darah.. risau la plak... tiba2 aku rasa lagi cam ada cecair keluar.. bertambah-tambah cuak aku ... aku bagitau Mr Hubby.. die kata.. takde ape² kot.. positif.. positif.. tapi aku rasa lain sangat.. aku ajak die g klinik. Gi Klinik Mesra kat dgn Telekom tu.. bila turn nama aku di panggil.. aku pun masuk.. fisrt time nak scan utk baby ni.. Doktor mmg nampak kantung tu.. tapi scan for heartbeat.. xde.. :'(
Doktor buat surat utk refer ke hospital.. balik je rumah.. bermula lah sengsara nya.. sakit perut datang tiba².. kejap ok.. kejap tak ok.. darah makin kuar... kejap-kejap bangun.. kejap-kejap bangun.. memang tak boleh tidur.. aku rasa memang takde rezeki kot.. hati aku rasa takde harapan lagi... so.. lepas hantar kakak ke sekolah.. aku g daftar kat Hospital Putrajaya.. Aduihh. sakit bertambah-tambah.. Darah pun makin banyak kuar.. aku takut nak pergi toilet.. sebab aku takut baby jatuh dalam toilet bowl.. sbb setiap kali nak buang air.. semakin banyak darah kuar... 2 klinik aku kene pergi.. satu gi klinik pakar endocrine utk maklum kan tentang aku pregnant sama ada nak teruskan carbegoline atau tak.. memang 2-2 kene tunggu.. takde istilah kecemasan masa tu.. masa tunggu tu.. aku harap-harap dpt jumpa coktor cepat.. tp nurse kata pergi ke EPAU dulu.. iaitu tempat check pregnant.. aku g kat klinik O&G... diorang suh aku g wad bersalin.. kat sana ada EPAU klinik.. dengan rasa sakit yang amat.. aku pun pergi menapak dan naik tangga kerana wad bersalin tu kat bahagian bangunan lain yg memang kene naik tangga.. Tuhan aje yang tau masa tu betapa sakitnya laa... sampai sana.. kene tunggu.. Bayangkan dari pagi.. sampai kol 3 baru dapat masuk.. sakit toksah citer.. mmg tak dapat di describe betapa sakitnya.. mcm nak bersalin contractions nye... tak boleh nak makan.. cuma minum air je utk tenaga.. pastu makan la fishball 2 biji.. papa blikan.. kesian papa kene tunggu.. Thanks and sorry ok papa.. 

Bila nama aku dipanggil.. waaa... lagi sengsara bile di scan.. mula-mula scan kat perut.. pastu tak nampak heartbeat baby kot.. entah la.. aku pun x tak tau.. nampak macam die nak try scan ikut camera panjang..erkkk panjang.... pergh saket gile di jolok macam tu.. lama gak la dok dalam EPAU tu... sampai 2 doktor.. last skali ape tah doktor tu cakap.. die kata.. masuk wad.. aku ingat nak suh rehat.. rupa-rupanya nak suh cuci.. ....oo.. means da x de la eh.. baby aku... huhuhuh... sangat sedih...

Wednesday, December 5, 2012

Alhamdulillah... Pregnant..

Posted by itawazilas at 8:00 AM 0 comments

Assalamualaikum... nampak x? nampak x??
Alhamdulillah... penantian selama 6 tahun.. 
Sangat gembira... tak tau nak kata macam mane... Actually saja nak beli 2-2 pregnancy test ni.. gian.. hahha.. mahal juga clearblue tu... tapi takpe lah.. bukan selalu pun.. heheh


Nak cerita tanda-tanda aku rasa aku pregnant...

Period mmg tak teratur la kan.. so takde lah berharap sangat.. aku pun x check².. 

  • Makan - mmg kuat la.. tapi bukan sebelum ni makan pun kuat pe.. aku tak rasa ape2 tau.. time makan.. makan je.. time malas.. tak makan pun tak jadi masalah.. takde lak kes aku tak suka makan tu ke.. tak suka makan ni ke... ade aku kisah.. tak de kannn...
  •  Tidur - haaa.. kekerapan aku tidur amat luar biasa... tidur awal je.. penat je... FYI.. aku tak check lagi.. sbb aku takut frust.. heheh...
  • Mengah - aku jalan sikit.. da mengah.. cepat penat jer...ari tu ada keje malam kat INSPEN.. naik tingkat 1 je.. mak aih.. cam berlari 100 meter.. penat gile... cam x cukup oksigen aku bernafas... 
  •   Pelik perangai zuyyin - slalu kata ada baby dalam perut mama.. kalau lukis gambar mama.. mesti ada bulat kat perut mama.. hehehe  nnt tunjuk pic gambar yg zuyyin lukis tu...

 Sweet kan .. sayang anak mama... luv u...

*Papa.. terima kasih sebab jaga prihatin dgn perut mama.. even kucing dok atas perut pun papa tak kasi.. Mama minta maaf sebab atas segala-galanya...

Thursday, November 22, 2012

Aksi² MEMEY ku tersayang....

Posted by itawazilas at 11:51 AM 0 comments





 

»Dateen Sewri« Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review